Topik 7 : Entrepreneurial Business Model

Gambaran Keseluruhan:

Modul ni pula menekankan mengenai bagaimana sesuatu model perniagaan dibangunkan dan bagaimanakah model perniagaan ini akan mempengaruhi proposisi nilai dan profit syarikat kelak. Model perniagaan dilakukan bagi menggambarkan keadaan sebenar perniagaan dan dijadikan panduan dalam menguruskan setiap aspek syarikat yang dibentuk. Melalui modul pengajaran ini, pensyarah meminta para pelajar mengkaji sebuah web iaitu i-usahawan bagi member pendedahan kepada semua bagaimanakah usahawan berjaya membentuk model perniagaan mereka.
Pengajaran:
Model perniagaan merupakan komponen penting dalam membina sesebuah perniagaan di mana, perniagaan yang tidak dimodelkan umpama perniagaan yang tiada pedoman. Model perniagaan mampu melatih bakal usahawan untuk melaksanakan setiap langkah untuk menjadi usahawan berjaya dengan lebih teliti. Pengkajian terhadap web i-usahawan pula banyak mendedahkan para pelajar dengan pengalaman usahawan tempatan dan luar Negara, panduan usahawan dan sebagainya.