Topik 4 : Feasibility Analysis

Gambaran Keseluruhan:

Dengan menggunakan Minicase Review: Think Gum sebagai kajian kes, modul ini menekankan analisa ke atas produk, industri atau pasaran sasaran, organisasi dan kemampuan kewangan sesebuah syarikat yang dibangunkan. Kajian kes ini mengisahkan Matt Davidson yang merupakan pelajar University Of Carlifornia. Melalui pengajiannya, dia mendapati bahawa bau Rosemary dan Papermint mampu mengurangkan kecuaian dan meningkatkan tumpuan seseorang manusia. Lalu dia ke kawasan semak berhampiran kampusnya mencari Rosemary dan dicampurkan Rosemary tersebut dengan gula-gula getah. Bermula dari idea inilah, Davidson meneruskan usahanya dengan membaca pelbagai buku rujukan dan kajian. Beliau juga merujuk kajiannya ini kepada golongan yang lebih pakar. Sedikit demi sedikit, Davidson mula mencari modal dan bahan untuk kajiannya. Akhirnya, Davidson berjaya membuka syarikat yang diberi nama Think Gum Ltd. Syarikat Davidson ini terus berkembang dan beliau dari semasa ke semasa terus menjalankan kajian bagi meningkat mutu produknya. Kajian kes ini membuktikan bahawa setiap produk yang dihasilkan memerlukan kajian yang teliti bagi memastikan ia berjaya dipasarkan.

Pengajaran:
Kajian ke atas produk dan setiap aspek pengurusan syarikat adalah bertujuan untuk mengenalpasti setiap kemungkinan yang bakal dihadapi oleh syarikat. Disinilah proses mengkaji menjadi sesuatu yang amat penting bagi memastikan tiada kemungkinan yang terlalu buruk terpaksa dihadapi oleh syarikat kelak. Kajian kes Think Gum sendiri membuktikan bahawa sesuatu produk yang bakal dipasarkan memerlukan kajian yang teliti dan tidak dibangunkan secara membuta tuli, barulah ia mampu menjadi produk yang berjaya.